Peminat Setia

Monday, October 10, 2011

Cuti cuti di Genting Highlands :)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Photobucket

Haii you alls, Aku dah balek dah dari Genting Highlands. Hehe. Fuhh, penat kot. Aku baru je sampai balek ni haa. Express gila update blog haa. Khas untuk you alls * Bajet ada orang tunggu kot aku update blog ni haha -_- *  Hari ni seharian aku drive dari Genting sampai Penang ni haa. Okey mari kita mulakan dari hari pertama bertolak.

Bagun pagi pagi plan dah bertukar, tidak nak naik satu kereta je sebab nak jimat kos serta bajet carpoll la kan. HAHA. Tapi kereta ayah nak pakai pulak, so naik dua kereta je. Dah la kereta tak servis lagi. Pegi Laa servis dulu before bertolak. Nak pegi servis awal awal pagi memang kedai servis tak buka lagi la kan, punyaa la pusing cari kedai servis yang dah buka. Naseb baik ada satu kedai servis tu dh buka, redah je la. Lepas tu dah la uncle tu lembap nak mampos servis, dekat setengah jam tunggu dya tak wat apa lagii, aku punya la bebel dalam hati ni. Saboo je la. Rupanya dya pegi beli minyak hitam pulak. Heh.



Okey, lepas dah servis tu kami pun bertolak dari Penang pegi Parit Buntar. Pegi amek cik Sally kita. Lepas amek cik Sally tu kami singgah kat Ipoh pulak nak antaq abang cik (adek aku). Dya nak stay sana, umah makcik aku. Sementara nak tunggu mak aku dari sekolah bersama 'rombongan sekolah' dya, kami lepak la dulu umah makcik aku. Boley tengok Nur Zara Afrina. Anak kazen aku baru lahir. Hihi. Sampai sampai tu kecoh rumah makcik aku dengan budak budak kecik, anak anak angah kazen aku. Dulu aku penah jaga diorang masa aku cuti panjang SPM dulu. Diorang panggil aku 'Ummi Syima' HAHA. Comel kan? :D Rinduu gila kat diorang.

They are my sweeties pie. I love them :)

Okey lepas dari Ipoh tu, korang pun sambung balek perjalanan ke Perhentian tapah. Plan nak tunggu mak bersama 'rombongan sekolah' kat sana. Sementara tunggu mak tu, makan la dulu. HAHA. Asyik makan je. Kami picnic dalam kereta je, makan Dunkin Donut. Hehe. Yummy! Aku la tu yang tergedik sangat nak makan nya. Hihihi. Lepas makan tu tunggu mak di stesen minyak sambil usha abang polis hensem isi minyak jugak. Kahkah. Hemsem okeyy, ramai pulak tuu. Pewiitt! :D

Bila mak dah smpai, kitorang pun bergerak la. Kereta Matrix memang 'laju' nak kejar Honda Insight ye. So, ketinggalan sepuluhkilobatu jugak la di belakang. Namun usaha gigih menekan minyak maseh tidak putus. Muahaha. Mak tu bajet je taw jalan kan pecut laju laju. Mei mei tengah jalan call aku tanya masuk jalan mana. Naseb bek aku ada GPS okeyy. HAHA. Kena la pusing balek masuk Tanjung Malim. Actually, dah terlepas sampai sabak bernam dah nuhh. -_- Lepas masuk Tanjung Malim tu betul dah la sebab pakcik cakap guna jalan Ulu Yam-Batang Kali. Dah dekat pukul 6 lebey dah, geng 'rombongan sekolah' tu tak sembahyang lagi, so berhenti la sembahyang kejap kat masjid apa tah. Kitorg yg len dh jamak kat rumah makcik, so dok bertangkap gambaq la sementara tunggu diorg yang lain. Hihihi. Selesai semua kami bertolak naik. Dengan bantuan GPS dapat la cari apartment yang kami duduk tu. Ria Apartment. Memang dekat gila dengan Theme Park Genting tu. Jalan kaki dalan 10 minit dah sampai. Tapi memang memusing la kepala masa drive nak naik atas tu kan. Bapa kali telan ayaq luiq sebab telinga berdesingg kan. Huhu. Sampai sampai tu terus check in. Pakcik reception tu gilaa annoying okey. Nyampah. Asyik petik jari jee. What the pakk? -_-

Photobucket
Me, Sally and Ila with Nyonyot bird :)

Besok tu pulak, seawal 9 pagi dah bersiap semua untuk berjimba jimba di Kota Keriangan. Hihi. Memang excited gila. Sejuk jugak genting masa tu. Seejuuukk~ :D Aku jalan panjat bukit nak naik tu baru 5 minit dah termengah mengah dah. HAHA. Nampak sangat rajin exercise -_- Sampai je kat atas tu, kaunter maseh lagi tututp. Nampak sangat semangat tu berkobar kobar datang awal padahal pukul 10 pg baru bukak. Tunggu punya tunggu dekat sejam baru beli tiket. Semua 8 orang RM 370. All park ( Outdoor and Indoor) Okey laa harga dya. Well dh datang bukan hujung minggu kat.

Mula mula main naik apa kebenda yang pusing pusing tu. Lepas tu masuk rumah hantu, then pegi naik roller coster. Mak aku mula mula bajet tak takut. Siap cakap kat aku lagi "Takpayah takut, sat ja" Mai mai bila roller coster tu berjalan mak aku pejam mata dari awal smpai habes. HAHA. Aku ni yang melalak bagai nak rak. :D

Bila dah habes naik roller coster tu, masuk indoor pulak. Okeyy, time to shopping. Haiihh, bila berjalan dengan mak aku ni, memang sah sah kepala lutut pun boley tercabut taw. Aku, sally and Ila memang tak larat dah nak pegi ikut mak aku shopping. Hand bag dah 3 dah beli, kasut lagii. Huhu. Semua kedai dalam genting tu mak aku dah rasmi. Tak cukup tangan, boley pulak pegi simpan kat loker, pastu sambung shopping lagi. Kata mak aku, dya lepas gian, lama tak shopping. Huhu. Mangsanya kami la kena usung. Lepas tu pegi sadur cicin dya dengan silver pulak. HAHA. Mak aku halau suruh pegi main dulu, sementara nak tunggu cincin dya siap. Kami pun pegi la sambung main. hihi.

Sweet Memory :)

Seharian bermain memang penat nak mampos. Kaki pun dah nak tercabut. Seriusss -_- Balek tu punya la mak aku cakap nak naik teksi sebab semua dah penat kan. Mai mai teksi tak dak pun. Haishh, turun jalan kaki jugak la walaupun kaki ni sikit lagi ja nak tercabut. Huhu. Sampai sampai bilik tu semua pakat terlentang awai. Huhu.

Apa apa pun ini adalah percutian singkat yang best setelah lama tak cuti sama sama dengan mak aku. Rinduuu. Harap masa masa akan datang maseh ada peluang lagi untuk bercuti dengan family macam ni. Tunggu Along, Angah balek lagii best. Sebab boley paw duit depa. HAHA. Thanxs alot to Ayah sebab sponser percutian kali ni. Hihi. Muahh muahh. I heart you alls from deep of my heart :')

Okey,see you again. Bai :)


5 suka suki:

sarah mohamad said...

wahhhh bestnya dapat short vacation mcm ni :) hehehehe

lady fena said...

wah. jeles nya. kenapa tak singgah dekat aku ima ?? sobs2. wei, gila brani hg drive naik bukit genting tu. cayalah ima !!!

Nurul Azima binti Jasmin said...

Sarah : Yee, best sangat walaupun sekejap je :)

Nurul Azima binti Jasmin said...

Fena : Taw xpaa, aku cuak kot nak naik tu. Tapi dengan semangat Sally aku dapat jugak naik. Wakaka :D Ang kat na Fena?

Fráhÿnx Rõsè :) said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaa besnya besnyaaaaaaaaa! :) rindu semuaaa! huk!