السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Jauh..
Kau dan aku, kita begitu jauh.
Dapatkah kau rasa kan?
Jauh kita dalam kesunyian
Jauh kita ini membuatkan aku selalu termenung.
Kau masih ingat akan aku?
Adakah kau merinduiku sebagaimana aku merinduimu?
Jauh kau dan aku ini adakah ada penghujungnya?
Adakah aku disini yang mendamba kau sahaja selama ini?
Adakah cinta kita semakin bertambah dalam jauh ini?
Adakah telah pudar asmara kita dengan jauh ini?
Adakah dalam jauh ini hanya aku yang berada dalam ingatkan kau?
Adakah dalam jauh ini hanya aku yang berada dalam ingatkan kau?
Dalam jauh kita, aku disini hanya bertemankan memori kita bersama.
Adakah ia bermakna untuk kau, sepertimana ia sangat bermakna buat aku?
Adakah kau masih ingat detik 'dekat' kita?
Sayang,
Mengapa kita jauh?
Masih adakah cahaya dalam perjalanan hidup kita yang berjauhan ini?
Kau tahu, dalam jauh ini aku mengharapkan pengakhiran yang membahagiakan.
Yang akhirnya jauh kita menjadi dekat.
Yang jauh kita ini menjadi erat.
Yang jauh kita ini tak lagi sunyi sepertimana sekarang ini.
Jauh ini membuatkan aku diam seribu bahasa.
Kalau dalam jauh ini, aku hanya bertemankan jiwa yang kosong.
Kosong tanpa kata.
Namun..
Jauh kita mengajar aku erti kesabaran yang tinggi.
Dalam jauh kita aku belajar menjadi setia pada yang satu.
Jauh ini juga beri aku seribu kekuatan yang diluar kotak fikiran aku.
Semoga pilihan "jauh" kita ini, akhirnya menemui sinar kebahagian yang kita sama inginkan :')
Wassalam.
Wassalam.
0 suka suki:
Post a Comment