Peminat Setia

Tuesday, January 01, 2013

"Jauh"

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Jauh..
Kau dan aku, kita begitu jauh.
Dapatkah kau rasa kan?

Jauh kita dalam kesunyian
Jauh kita ini membuatkan aku selalu termenung.
Kau masih ingat akan aku?
Adakah kau merinduiku sebagaimana aku merinduimu?
Jauh kau dan aku ini adakah ada penghujungnya?
Adakah aku disini yang mendamba kau sahaja selama ini?
Adakah cinta kita semakin bertambah dalam jauh ini?
Adakah telah pudar asmara kita dengan jauh ini?
Adakah dalam jauh ini hanya aku yang berada dalam ingatkan kau?

Dalam jauh kita, aku disini hanya bertemankan memori kita bersama.
Adakah ia bermakna untuk kau, sepertimana ia sangat bermakna buat aku?
Adakah kau masih ingat detik 'dekat' kita?

Sayang,
Mengapa kita jauh? 
Masih adakah cahaya dalam perjalanan hidup kita yang berjauhan ini?
Kau tahu, dalam jauh ini aku mengharapkan pengakhiran yang membahagiakan.
Yang akhirnya jauh kita menjadi dekat.
Yang jauh kita ini menjadi erat.
Yang jauh kita ini tak lagi sunyi sepertimana sekarang ini.
Jauh ini membuatkan aku diam seribu bahasa.
Kalau dalam jauh ini, aku hanya bertemankan jiwa yang kosong.
Kosong tanpa kata.

Namun..
Jauh kita mengajar aku erti kesabaran yang tinggi.
Dalam jauh kita aku belajar menjadi setia pada yang satu.
Jauh ini juga beri aku seribu kekuatan yang diluar kotak fikiran aku.

Semoga pilihan "jauh" kita ini, akhirnya menemui sinar kebahagian yang kita sama inginkan :')

Wassalam.



Wednesday, December 26, 2012

Kau yang terindah

Assalamualaikum. Hehe. Rajin nya harini post 2 stories. Okay actually saja gedik sebab yang entry kali ni post pakai fon. HTC Sense. Saja nak try. Heee.

Itu sahaja sekian.
PEACE!

It has been awhile (^^,)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 

Assalamualaikum. Alhamdulillah password masih ingat lagi buat masa sekarang ni walaupun tadi empat lima kali jugak la try, error, try, error kan. Phew. Sorry la! Bukan dasar nyanyuk. Tapi hehehe, al-maklumlah saya hanya insan yang lemah. Huhu. 

Yes! It has been awhile. For what? Hehe. Meeting my friend, Aqidah. It has been almost one year. Okay, even bagi ampa one year tu sat, tapi bagi saya Oh my! Lamaanyaa tak jumpa! But, i don't miss her! Hahaha. *Ayat cover, mana boley tak ego kan? Kehkeh *

Pagi 22hb Dec dapat whatsapp dari beliau tanya ada kat rumah tak. Sorry la pagi tu mengantuk sangat sampai terlajak tidur nya. Kehkeh so tak perasan ada misscalls 2 kali dah. Tapi al-maklumlah BB aku tu memang berderingg pun kan. Dah hampir 6 bulan kot jadi bisu masuk air. Erghhh. Then bila dah bangun tu baru tersedar ada whatsapp masuk. Katanya nak datang Penang ikut abang dia makan kenduri dekat area umah aku tu. Weyyyy, seronok tahu dapat tahu! Eh? Hahaha.



 Even dia sampai tengah malam pun sanggup tunggu tauu. *Eleh, sebenarnya dok tengok cerita hantu Thailand 4bia dengan Najiha. Seram mak nokk* Malam tu bersembang sampai pukul 3 lebih kot. Banyak tul gossip. Tu la lama sangat tak jumpa haa. Contact pun jarang-jarang. Besok tu we planned pegi Perlis dekat Siti Amirah, anak pakcik Su-surizan bak kata Siti Surut! Hahaha.




Lunch dekat rumah Mirah memang superbbb! Makan sampai licin kot. Haha. Memang kami muka tak malu gilaa. Okay fine, terliur balek (.___.) Sampai pun deah dekat petang dah pun. Sebab apa? Sebab tidur lambat, bangun pun lambat, bersiap pun lambat. Semua terhegeh-hegeh. Hahaha. So sampai pun lambat la kan. Hehe. Naseb baik kedatangan kami di undang masuk ke dalam rumah jugak. 


 
Lepas perut semua dah memboyot, apa lagi, bergossip pulak laa. Cot-cet sana sini dah dekat maghrib dah. Kena balek jugak malam tu sebab Najiha sorang-sorang dekat rumah. Even ayah mirah pelawa tidur semalam pun terpaksa tolak jugak. Kami rancang nak pi Pesta Penang keesokkan malam tu, so pujuk la Mirah suruh ikut jugak untuk have fun sesama. Pujuk punya pujuk, bukan pujuk Mirah ye, pujuk ayah dia, hahaha, at last dapat jugak pi even kena perli la jugak sikit-sikit, kesian yaahhh :P


Hahaha, but last-last tak jadi pi Pesta Penang sebab pi Bukit Bendera. Orang ramaiii gila weii. Memang banyak stages jugak la kena beratur. Heh. But whatever it is, we have a great great moment together! Even cuti sat ja pun, tak sangka boley jumpa dan having a good time. Sebab bila plan waktu cuti berbulan-bulan takboley pula jumpa. Ni cuti seminggu, Alhamdulillah ada jugak jodoh berjumpa. Hihi. 

See-you again next time friend (^^,)

P/s : Dah beberapa hari dah punggung tak melekat dekat rumah ni haa. Sakan sungguh berjalan. Semalam kalut beli baju sekolah Najiha. Dan harini sambung lagi untuk sesi semalam. Sabar ja laaa. Heh (.___.)