Peminat Setia

Friday, November 25, 2011

Target

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tumblr_lp8g6lp5ij1qkz6alo1_500_large

Assalamualaikum saudara sekalian. Hihi. Hari ni cukup seminggu aku mulakan sesi semester 4 kat UiTM ni ha. Alhamdulillah la untuk setakat ni. Well, awal awal lagi ada jugak kelas yang dua minggu sekali gus tak da kelas. HAHA. Thumbs up lah. Lecturer baru masuk first time dah cakap dah pasal kelas batal. Hoho, kelas BEL la tuu. Tapi tetap dah ada homeworks segala bagai. Well, kau bukan kat sekolah rendah lagi Azyma oii, dah university dah ; Ya, UNIVERSITY! Haha, sodar sodar lah diri kau tu. :)

Okey, sebenarnya masa masuk kelas AIS 280 semalam lecturer tiba tiba cakap pasal target. Well, biasa la kalau di setiap permulaan mesti semua orang mesti ada target. Kalau kau takda target tu kau memang alien. HAHA. Macam tu la di umpamakan. Dan aku lah salah sorang alien tu. Gaga. Bukan tak da target, cuma aaku hanya ada harapan. Target dengan harapan sama ke? LALA. Bagi aku target adalah sesuatu yang di aim sebagai titik untuk capai kejayaan. Harapan tu bagi aku la adalah satu perkara yang diharap harapkan berjalan dengan lancar walaupun sasaran dya takdala kena setepat tepat yang diimpikan. Ye dak? Ntah la, tu pendapat aku ja.

Lecturer aku cakap kalau kau target A+ kalau tak dapat A+ pun maybe kau boley dapat A or A- ke. Kalau kau target A mungkin kau akan dapat A- or B+ atau B-. Jadi targetlah A+. Haha. Bagi aku, baik takyah target macam tu. Kau just study la se'smart' yang mungkin untuk capai harapan diri kau tu. Ada orang tu selalu cakap kat aku ; " Don't study hard, study smart keyh dear!" HAHA. Mungkin jugak betul, kalau kita cuma berharap tapi takdak tempat yang nak dituju (Target) tak guna jugak. Tapi harapan tak da la setegar tegar target. Kalau kau takdapat capai harapan kau takda la kau sakit sangat, kalau target kau tak kesampaian mungkin kau akan fikir kau ni dah LOoooserrrrR. Haha. Contohnya macam ni laah ; Aku target nak masuk Taylor's University. Tup tup kau tak dapat Taylor's, kau pun frust. Berbanding dengan ; Aku berharap aku dapat masuk universiti yang terkemuka suatu hari nanti. Dan kau pun dapat masuk UiTM, so okey la tuu, terkemuka apa UiTM. Hihi. See? Takda pun frustration dalam diri kita kan. :)

Sudah la aku mengarut ni. Aku saja nak release tension. Lagi pun harini tak da kelas. Semua mintak lecturer cancel klas hari ni sebab nak balek Awal Muharam. Haha. Aku tak balek pun. Malas la nak balek sebab baru je datang. Okeylah apa apa pun aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM kawan kawan. Esok Asar dah boley baca doa akhir tahun dah. Rugi weyh Allah bagi bonus ampunkan dosa setahun. Dah lepas baca, nak pegi tengok Twilight pegi la, tapi jangan pegi buat maksiat sudah, bek takyah baca doa akhir tahun. HAHA. 

Tumblr_lti4tnsrmk1r3mukho1_500_large

DOA AKHIR TAHUN
"Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Amin amin Ya Rabbalalamin. Semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Aku harap lepas ni segala harapan aku Allah pekenankan ; Aku nak kekuatan dalam diri aku, untuk tempuhi hidup kat dunia ini, hanya untuk dapat rahmat dari-Nya. Amin~ :')

Ok bai, kawan kawan :)

0 suka suki: