Peminat Setia

Tuesday, April 26, 2011

Ku angankan kau dalam mimpiku -.-

Haii korangg, actually ni adalah entri repost dari aku sendiri. Tapi ritu aku terjatuh hati dengan lagu 'Sepayung berdua' Dari Irwan and Amelina teruss aku teringat entry aku ni. Hihihi. Soo, aku nak menggedik lagi letak entry ni. Wewitttt :P


 Click play untuk lebih menghayatii.. HAHAHA Sambil tu baca laa :)

suatu hari,budak laki brjalan2 tanpa tahu hala tujunya.mungkin  mencari cinta yang kian hilang.atau juga mengejar cinta yang jauh  pergi.muka resahnya menjadi teman sepanjang prjalanannya.tanpa dya  sedari,awan mendung berarak kelabu mengekorinya.mungkin hujan lebat akan  turun membasahi dirinya.tika dalam melarikan diri mencari tempat  teduh,perjalanan yang tidak budak laki itu rancangkan menjadi perjalanan  yang mengerikan apabila terlihat cinta yang dikejarnya itu ada bersama  bahagia yang belum pernah budak laki itu gambarkan.



cinta yang budak laki  kejar selama ini berpimpingan tangan bersama bahagia lalu berlari  meninggalkan artifak tapak kaki di tanah yang kian mendap ditimpa  hujan.titisan air hujan satu demi satu turun jua akhirnya diseru  bumi.pemergiaan bayangan cinta dan juga bahagia lesap dalam sekelip  mata.budak laki tidak pernah menyangkakan bahawa cinta yang budak laki  jaga selama ini pergi jua meninggalkannya.budak laki tunduk sayu lalu  linangan air matanya mengalir bersama titisan hujan yang mengena  pipinya.dia lebih rela menangis dalam renyaian hujan agar cinta tidak  pernah lihat linangan air mata budak laki yang mengalir.



dalam kesayuaan  renyaian hujan ketika itu,budak laki maseh lagi mengharapkan bahawa  cinta berpatah balek kepadanya lalu memanyungi budak laki bersama payung  doremon milik cinta.namun setelah seketika bermandikan hujan,budak laki  tersedar bahawa cinta tidak mungkin akan brpatah pulang padanya.cinta  kini bahagia bersama bahagia yang dikecapinya.tiada guna lagi untuk  budak laki mengharap. 



Saat itu,barulah budak laki berlari dalam kebasahan kuyup dan  dibidasnya air hujan yang berpusu-pusu turun ke bumi.dalam hati budak  laki,dya harus redah hujan yang kian lebat dan pastinya hujan ini akan  renyai dan berhenti akhirnya.PASTI! 



Budak laki berlari jaguh,namun maseh berpaling menoleh ke belakang  mengharapkan tanggapan sebentar tadi tak penah  diluahkannya.namun,setelah berkali-kali memandang belakang,harapan budak  laki semakin pudar.budak laki kian putus asa. 



Dalam larian jaguh yang tak penah budak laki sedar  sudah berapa jauh  lariannya, tiba-tiba budak laki merasakan dya dalam keteduhan dari titisan rahmat hujan.lalu budak laki mendongakkan kepalanya.



tanpa dya sedari,seorang budak perempuan comel datang memayunginya.budak perempuan  lantas senyum pada budak laki.bukan niat untuk mengoda,tapi sebagai lambang persahabatan.hujan tiba-tiba mula renyai.budak laki dan budak perempuan berjalan pulang di bawah satu payung dalam kerenyaian hujan rahmat itu.



dalam sepanjang perjalanan mereka,budak laki dapat merasakan bahawa budak perempuan menyembunyi sesuatu disebalik senyuman ayunya itu.lantas budak laki bertanya kepada budak perempuan.



'apa yang bermain difikiran kau?'-budak laki

budak perempuan -'tidak ada apa-apa'

'aku dapat merasakannya,baik kau beritahu saja aku,aku tidak suka kau berduka'- budak laki

budak perempuan tunduk sayu.

lalu berkata,
 'bahagia aku lari bersama cintanya'


linangan air mata budak perempuan jatuh berlinangan.

budak laki mengesat linangan budak perempuan dan berkata,


'usah kau kuathir,aku disini bersamamu,mungkin ini semua sudah takdirnya,aku berjanji akan sentiasa disampingmu'



senyuman budak perempuan kembali terukir indah.budak perempuan kembali meneruskan perjalanan bersama budak laki dengan senyuman dan kemesraan yang tak pernah budak perempuan rasakan sebelum ini.perjalanan mereka di isi dengan tangisan serta gelak tawa yang membahagiakan.mereka kongsi segala suka duka,pahit manis bersama ;)


namun,perjalanan mereka langkah hanya seketika.budak laki telah sampai ke destinasi yang dituju.perjalanan budak perempuan maseh jauh.budak laki bagaimanapun harus meninggalkan budak perempuan untuk meneruskan kehidupan yang dibina nya itu.walaupun berat,budak perempuan maseh tersenyum dan mengucapkan selamat tinggal.


dalam perpisahan itu,budak perempuan menutup payungnya,lalu diberikan payungnya itu kepada budak laki dan berkata ,:


kau simpan payung ini baik-baik ye.kalau hujan datang kau pasangkanlah!kau anggap aku sebagai payung ini yang akan sentiasa memayungi kau.


lantas budak perempuan beredar dalam renyaian hujan.selangkah beredar,budak perempuan telah dapat merasakan kerinduaannya pada budak laki.segala memori perjalanan tadi ,budak perempuan kenangi.lalu berlinangan air mata yang jatuh di pipi budak perempuan.


tiba-tiba,terdengar suara budak laki menjerit :
'aku akan sentiasa bersama kau,walau dalam mimpiiii!!'


budak perempuan menoleh pantas ke belakang,lalu melemparkan senyuman lebar pada budak laki.dia bersyukur titisan hujan mengaburi tangisannya.dan budak perempuan melambai budak laki lalu beredar dari situ.dan berkata perlahan :


'aku cinta kau.'
dan budak laki tak pernah tahu itu ;(




.:. Sebenarnya kisah ni adalah dari hati aku sendiri. Tapi aku sasterakan cerita ni dengan lebih hyperbola lagii. Tapi kepada lelaki tu, terima kasih untuk segalanya. Kau telah memberi insipirasi kepada aku. :)

1 suka suki:

Ihsan Arifin said...

tayah jiwang sangat lahhhhhhh